So basically aku nak cerita sikit lah my experience going through medic interviews in Usm,Um and Ukm. So firstly, we start with Usm.
USM
Type of iv - MMI
Stations - 9
Alright, venue iv ni dkt USM Kubang Kerian, Kelantan.Smpi je kat USM, mmg ramai gila lah dah ada kat situ. Masa tu pkl 7.30 pg. So mula mula sekali aku gi daftar dulu lah. And masa proses daftar tu, we were sort into few sessions and i was in session 6 kot. Tak ingatlah. But session 1,2,3,4 and 5 semalamnya. So dia sambung je lah sesi 6,7,8.... and after that and every session would be divided into few groups. Group ni ialah group iv korang lah nnt. Ada 9 org satu group. Masa aku iv tu aku daftar sekali ngan kawan aku, so cam rezeki lah satu group hahahaa. Tp tak bermakna pon group ni sbb lastly nnt kena pecah gak sbb akan ada group work after iv sessions (lepas ni aku cerita.)
So session aku pon telah tiba. Lama gila kay tunggu pkl 11 kot baru start session aku. Aiyoo dtg pkl 7.30. Smpt tidur dulu. Oh ya lupa nak ckp jngn lupa ya nak pergi iv ni bawa pennnnn. Sbb nnt sebelum masuk iv korang kena isi borang sikit and also nnt nak conteng conteng masa iv. Okay back to where we were before, smpi je session aku, kitorang dibawa naik mcm satu aku tak tau nk ckp apa. Mcm ward centulah. Lepastu nnt kena masuk satu bilik ni. Dkt situ akan ada sorang lecturer kat situ kot yg akan terangkan kat korang mcm mana iv tu berjalan.
So basically MMI ni sbnrnya iv dalam bentuk stations. Dekat usm, iv dia ada 9 station where 5 are active stations, 2 passive and another 2 are rest stations. So the time allocated for every station is 7 minutes. 2 minutes for you to read the questions and another 5 minutes for you to answer the questions. Hahh masa 2 minit ni lah korang kena cam conteng conteng sikit kat tangan nak ckp apa. So takde lah lupa sngt nnt.
Utk active stations korang baca soalan dekat luar bilik and nnt masuk bilik. Dalam bilik tu ada interviewer. So nnt masuk terus je jawab soalan tu. Hahh dalam salah satu active station ni ada station kena cam berlakon. So pandai pandailah ye hahaha. Untuk passive station pula, benda sama je baca soalan 2 minit jawab 5 minit tp yg ni bertulis. Takde interviewer pon just tulis je jawapan. Kalau rest station tu rest lahh. Duduk duduk kejap makan angin.
Okay dari segi bahasa, depend pada setiap station. Ada satu station WAJIB Bm , satu station WAJIB Bi, and yg lain lain tu either BM or BI, you choose.
Aku tak ingat sngt soalan and ill just share few questions je.
1) Kawan anda baru kehilangan ibu bapa dan adiknya dalam satu kemalangan. Dia tinggal dengan pakciknya. Dia ada menyatakan hasrat bahawa dia ingin membunuh diri. Apakah tindakan anda?
2)General Medical Pathway. Specific medical curriculum in USM. (Weh soalan yg specific med pathway in usm tu sumpah aku cam blur and tak tau nak jwab. Dia tnye aku clinical year ngan pre clinical year belajar subjek apa. Boleh lah jwb sikit2)
3)This one contoh passive qustion. Kena handle satu pertandingan permainan tradisional. Kena buat pamphlet cara cara nak main permai tradisional tu. Pilih satu permainan pastu buatlah pamphlet tu.
Alright lepas habis je iv sessions. Korang akan dibawa ke bilik lain. Dalam bilik tu nnt akan buat groupwork. Masa tu aku kena buat presentation pasal bahaya gula terhadap kanak kanak. Kena rakam and duration dia 2 minit centu kot. buat lah sekreatif yg boleh.
Alright lepas habis je iv sessions. Korang akan dibawa ke bilik lain. Dalam bilik tu nnt akan buat groupwork. Masa tu aku kena buat presentation pasal bahaya gula terhadap kanak kanak. Kena rakam and duration dia 2 minit centu kot. buat lah sekreatif yg boleh.
Okay basically centulah iv dkt Usm. Btw sebelum nak masuk bilik iv tu jngn lupa ketuk pintu dulu. Dah masuk bagi salam, first impression itu penting.
UM
Type of iv - MMI
Stations - 8
Okayyyy. Masuk UM pula. UM ni aku rasa paling memcabar lah utk aku. Sbb soalan dia bukan beshe2 ya. Mmg knowledge teroks.
Okay for your information, sebelum nak dpt iv UM ni korang kena ambil test which is BMAT Test. Test ni kena ambil dkt UM and kena bayar. Rm200 nak kena bayar. Ya aku tahu mahal, tp utk masa depan, kurelakan jiwa. Hahahahaha. Takpelah berkorban sikit. Mana tau dpt masuk UM hahhh.
Okay lepas dah ambil bmat test tu, dah apply upu semua. Kalau dpt iv tu bersyukur ye anak anak. kira hebat dah tu dpt iv. Kalau tak dpt offer masuk maybe sbb tak perform iv lah tu huhu.
Okay iv UM sama je MMI which is iv dalam stations form. Tp yg lain nyaa, yg aku kata mencabarnya sbb. Dia mmg open ye tmpt iv tu. Kau boleh nampak org lain interview, interview fully in english, and masa baca soalan and nak jawab hanya lah 5 minit. Like kau tak ada masa nak fikir jawapan pon. Baca dan terus jawab.Pastu takde rest station ye rakan rakan yg dikasihi sekalian. Mencabar bukan? Hahahahahah. In fact 5 minit tu rasa lg lama dri 7 minit dkt usm :").
Okay so dkt Um akan ada 4 stations yg mana korang kena repeat dua kali. Which means the total of all the stations are 8 stations. So kau jumpa interviewer yg sama 2 kali :")))). Tapi okay gak sbnrnya. Kalau kau suck soalan yg first, soalan second tu kau tunjuklah kau boleh perform sbnrnya. Hahahaha.
Okay kan aku kata 5 minit baca dan jawab. Masa tu kau duduk depan interviewer baca soalan tu terus je jawab in 5 minutes. Nasib lah kalau dpt interviewer psycho, kalau kau senyap je dia tgk je kau. Tp ada ivwer yg kalau kau snyp dia cam tlg lah. Dia tnye kau soalan. So takdelah senyap manjang.
Okay mcm biass ill share few questions.
1) terang pasal abortion.
2) mcm mana cara kau handle stress?
3) sama mcm usm, kawan kau nak bunuh diri, apa kau nak buat?(tp yg ni situation di cam complicated sikit tp aku tak ingat lah)
4) terangkan pasal tahap kesihatan rakyat malayia.
Apa apa pun nasihat aku be confidence and jawab je. Biaq pi lah merapu ke apa. Asalkan ada point dan confidence. That's the key.
UKM
Type of iv- MMI
Stations - 9
Okayy let's move on to UKM iv. Hah ukm ni aku paling geram bak hangggg. Dia punya management mmg kelaut dalam lah. Aduh geram aku. Tp aku malas nak cerita. Biarlah ianya menjadi kenangan pahit buat ku.
Aku rasa iv ukm ni paling senang lah utk aku huhu. Cam paling lek gitu. Ada 9 stations. 5 active and 4 lg rest. Hahh tu sbb aku kata lek sbb banyak rest hahahaha. Yg ni sama mcm usm, 2 minit baca soalan and 5 minit jawab. Dari segi bahasa pon sama cam usm. Satu WAJIB Bm, satu WAJIB Bi and yg lain either BM or BI, you choose.
Okay antara soalan dia ialah:
1) Anda kena buat presentation di depan kuliah. Tp tak buat preparation. Anda dimarahi dan dimalukan oleh pensyarah anda. Apa yg akan anda lakukan pada next kuliah pensyarah tersebut?
2) Pekerja dkt hospital kena buli dengan patient, kena marah etc. Apa yg perlu anda lakukan? (Aku tak ingatlah apa position aku dalam hospital tu)
Okay aku rasa smpi sini je kot yg aku boleh share. Semoga yg nak buat medic korang dpt pursue medic. Kalau yg tak dpt tu takpe, sbb rezeki Allah dah tetapkan.
Aku nak share satu quote ni aku suka gila.
"IF ALLAH GIVES YOU WHAT YOU WANT, IT'S ALLAH'S DIRECTION. IF ALLAH DOESN'T GIVE YOU WHAT YOU WANT, IT'S ALLAH'S PROTECTION".
Fahamkan maksud dia. Allah tau apa yg kau mampu and apa yg kau tak mampu. Just yakin dengan ketentuannya sbb kita hanya mampu merancang tp Allah yg menetapkan segala galanya.
I wish you all the best dan semoga berjayalah dlm iv.
P/s: Soalan tu contoh yg aku dpt. For sure every year the questions will change.
Can i know whts the minimum score for bmat? To get to the iv
ReplyDelete